Ayat di bawah ini adalah gabungan dari sebahagian ayat Surah Al-Baqarah ayat 165 dan Surah Ali-Imran ayat 14 yang digabungkan untuk maksud di atas.
Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah (Al-Baqarah:165)
[Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah]
Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah (Ali-Imran:14)
[Dihiasikan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbin dari emas dan perak]
Ingat…bacaan yang jelas hanya dari tulisan jawi sahaja..mungkin tulisan rumi di atas ada kesalahan tajwid..sila rujuk Al-Quran anda.
Amalan: Sebelum baca, niatkan kepada sesiapa shj yang anda ingin dikasihi (suami,isteri,anak anak,kawan kawan, boss sidia atau sesiapa sahaja) …sebutan namanya…contoh: Ku niatkan membaca petikan surah Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 ini supaya suamiku “Si polan bin Si polan” cinta-kasih-sayang dan rindu pada ku kerana Allah Ta’ala. Baca 10 kali selepas solat suboh dan maghrib…
Satu lagi peringatan…amalan ini perlu diulang ulang, bukannya sekali buat terus jadi…perlu yakin, istiqamah dan insya-Allah anda akan ketemu dgn tujuan murni anda..sekadar berkongsi
Wallahu’alam