Serta Fadhilatnya

Doa Elak Rumah Dimasuk Pencuri Atau Jin/Iblis



Pelbagai cara yang diguna oleh pencuri untuk menjayakan misi mereka. Apa yang menakutkan ialah pencuri menggunakan ilmu sihir dan santau ~ Himpunan Doa



Amalan Doa Elak Rumah Dimasuk Pencuri Atau Jin/IblisBagaimana untuk pastikan anak-anak, isteri dan keluarga kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita dengan pendinding ayat Al-Quran?


CARA UNTUK ELAK RUMAH DIMASUK PENCURI ATAU JIN/IBLIS

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut :
a. Mengucap dua kalimah syahadah (1x)
b. Selawat ke atas nabi (2x)
c. Ayat kursi (1x)
d. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1x)

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun

Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.

3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.

4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?

5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: 

“Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”

Jika ini diamalkan Insha Allah.. kita keluarga dan harta benda kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah swt.
Tag : Doa Pilihan
Back To Top